Facebook Live : Usahawan Tempatan

16 November 2020 | Aktiviti Terkini

TTT Basic Shopee Teller Course adalah sebuah kursus online diadakan untuk Staf PIK. Dalam sesi ini, tenaga pengajar adalah terdiri daripada Pengurus Pusat Internet yang pernah menghadiri kursus Shopee bersama MDEC. Bermula pada jam 9 pagi sehingga 1 petang dengan seramai lebih kurang 50 orang peserta dari seluruh Malaysia. Terdapat banyak perkongsian berguna pada masa ini dan ilmu yang didapati akan dikongsi bersama komuniti sekitar.

Antara perkongsiannya adalah seperti cara membuat akaun, penetapan akaun untuk berjualan di Shopee, copywritting, meletakkan gambar yang sesuai pada dalam laman web Shopee dan banyak lagi. Segala pengisian pada sesi TTT ini adalah bertujuan untuk mengalakkan usahawan SME sekitar PIK untuk menggunakan platform Shopee untuk meluaskan pasaran perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali